Rakan Al-Wafi Ruqya

Rabu, 9 Mei 2012

komputer rosak


bismillah. assalamualaikum. makluman kepada semua, komputer ana ada masalah yang tak dapat di elakkan. jadi blog ni akan idle buat sementara sehingga lah komputer ana siap di baiki. ana mohon maaf kepada pembaca yang menunggu update terbaru. syukran jazilan.

Jumaat, 4 Mei 2012

Pengalaman Kembara Alam Ghaib Syafiq; Kes Sihir, Saka, dan Silat Berkhodam Jin.


Masa ana ada urusan di bandar, terserempak pula dengan member lama masa sekolah dulu iaitu Syafiq. Dalam kami berborak ana menghulurkan kad nama Rawatan Islam Al-Wafi. Kebetulan pula beliau sememangnya ada masalah gangguan mistik ni. Ana pun di jemput untuk melakukan rawatan di rumahnya.

Tiba hari rawatan. Sesampai je ana di depan pintu rumah Syafiq, ana di sambut oleh ibunya. Di ceritakan masa ana kat luar rumah lagi ibunya dah sendawa-sendawa (simptom badan ada angin bisa). Shafiq pula memanggil sepupunya yang tinggal berdekatan untuk menemankannya melakukan rawatan, mana la tau kot-kot Shafiq ni akan mengamuk masa rawatan nanti, leh la sepupu dia pegang dia.

Setelah meneliti simptom-simptom, maka ana mendapat ilham untuk terus buat TKR.

Ana menutup mata Syafiq dengan kain dan membaca ayat-ayat ruqyah tertentu. Sampai je Selawat Syifa, tangan kanan Syafiq dah terketar-ketar. Tengok simptom camni macam jin ular. Takpe ana teruskan ruqyah untuk TKR.

Apabila mata batin Syafiq terbuka, maka kembara ruh di alam ghaib pun bermula sambil di guide oleh ana.

Kembara bermula di dalam rumahnya. Segala jin dalam rumahnya dapat di setelkan dengan mudah. Gangguan dalam rumah minima sahaja. Kemudian ana meminta Syafiq ‘scan’ dirinya sendiri.

Ana: Apa yang ko nampak? (standard la bahasa ngan kengkawan).

Syafiq: Banyak benda kotor.

Ana: Ada wasap-wasap bisa?

Syafiq: Ada.

( Badan Syafiq di penuhi dengan bisa-bisa jin akibat sihir, dan benda-benda kotor akibat sering makan di kedai makan yang menggunakan pelaris syirik)

Ana meminta Syafiq bermohon kepada Allah untuk memberinya mesin vakum. Syafiq berdoa dan berselawat lalu ternampak vakum dan segera memegang vakum berkenaan.

Ana: On (buka) suis vakum tu, dan vakum keluar semua bisa dan kotoran tu. Pastu campak ke laut.

Syafiq pun membuat seperti yang ana guide.

Syafiq: Dah.
Ana: Skang cuba cuba scan lagi. Ada tak makhluk-makhluk jin?

Syafiq: Ada, jin ular.

Syafiq menemui beberapa jin ular sihir dalam tubuhnya. Paling banyak di dalam perutnya. Ada juga yang melilit di luar kedua-dua lengan dan lehernya. Semuanya dapat di cantas dengan Pedang selawat. Ada yang dibakar dengan tiupan api Bismillah.

Ana: Cuba tengok kat kaki kanan, tanya dia siapa dia dari mana dia datang.

Syafiq pun bersoal jawab dengan makhluk jin berkenaan di alam ghaib, yang bunyinya hanya dapat didengari di alam ghaib atau oleh mereka yang kasyaf.

Ana: Siapa dia?

Syafiq: Dia marah aku sebab terpijak kawasan dia. Masa tu aku masuk hutan untuk memancing ikan.

Ana: Bgtau dia, ko tak sengaja sebab ko tak nampak kawasan dia. Suruh dia balik ke tempat asal dia.

Syafiq: Dia dah pergi.

Ana: Scan lagi.

Syafiq: Ada lagi kat bahu. Katanya saka, dari orang yang aku kenal.

Ana: Orang tu ada pertalian darah ngan ko ke?

Syafiq: Takde.

Tau la ana bahawa ia saka lompat. Sesuka hati dia nak duk kat sapa. Biasanya kat orang dia suka la. Tak kira orang tu ada kaitan ngan pemilik asal saka ke tidak. Betul la kata sifu ana, jin ni ikut suka dia nak duk kat sapa.

Ana: Suruh dia tengok Darul Islah.

Syafiq: Dia tanya ada apa kat sana?

Ana: penempatan jin la. Cantik tak? Nak pergi sana?

Syafiq: Dia kata nak pergi.

Jin berkenaan pun segera pergi untuk menetap di Darul Islah.



Ana: Cuba tengok kat sebelah ana ni ada apa?

Syafiq: Jin. Muka bengis, pakaian hitam macam baju silat.

Ana: Sapa dia.

Syafiq: Panglima Xxxxxx. Dari ilmu Silat Gxxxxg Mxxxxxxa aku belajar tak habis.

Ana: Skang cuba tengok kat ilmu ko, nampak tak ada ilmu hitam?

Syafiq: Nampak.

Ana: Selawat, tiup di tapak tangan buangkan ilmu tu ke laut.

Syafiq: Ok Dah. Panglima Xxxxxx dah hilang.

Ana: Cuba tengok ko punya saka.

Syafiq: Nampak, ada dua. Diaorang cuba nak keluar tapi tak boleh. Macam tersangkut.

Ana pun membaca doa pemutus saka.

Ana: Skang selawat dan tiup, niatkan supaya segala akar-akar mereka tercabut.

Syafiq: dah.

Ana: Doakan mereka dapat kenderaan untuk pergi ke Darul Islah (penempatan jin khas untuk jin saka).

Syafiq: Dah, diaorang dah pergi.

Ana: Skang cuba tengok ayah ko. Teropong dari jauh je.

Syafiq: Nampak.

Ana: Skang pergi kat ayah ko.

Syafiq: Dah sampai.

Ana: Apa yang ko nampak?

Syafiq: Macam ada objek-objek duri, banyak ada bisa tu.

Ana: Jangan pegang lagi, tengok lagi ada apa.

Syafiq: Ada jin sihir. Banyak.

Ana: Cantas ngan pedang selawat.

Syafiq pun berikhtiar mencantas semua jin berkenaan.

Syafiq: Aku dah cuba, tapi banyak sangat la.

Ana: Takpe, bakar je diaorang, tiup api Bismillah.

Syafiq: Ok dah. Takde dah. Tinggal satu lagi. Aku cantas dia tapi dia cuma cedera ringan je. Cam kuat juga dia ni..

Ana: Takpe, ana bagi ko satu pedang Saidina Ali punye.

Ana pun bacala “LxxxxxxxxAli, LxxxxxxxxxZulfiqar”, dan tiup pada tapak tangan Syafiq.

Syafiq ternampak suatu pedang melayang-layang dari atas nampak jauh, pastu tiba-tiba jatuh ke tangan nya satu pedang yang cantik secara menegak. Lantas dia tangkap pedang tu dan cantas jin berkenaan dengan mudah. Rasa cam potong keju je. (semua ni Syafiq cerita kat ana lepas sesi rawatan).

Ana dapat ilham membaca ayat pemusnah objek sihir dan tiup pada tapak tangan Syafiq. Syafiq membaling ayat berkenaan dan objek sihir duri-duri bisa pun musnah.

Cerita sebenarnya panjang lagi dengan sesi men-setel-kan penyihir dan OKS, tapi cukup la sekadar di sini.

Akhirnya ana pun memagar rumah Syafiq dengan benteng surah Al-Ikhlas.

Selesai sesi rawatan.

Rabu, 2 Mei 2012

Pengalaman Kembara Dato’ M- Sihir Pukau Skim Pelaburan Palsu.


Ana di jemput oleh anak lelaki Dato’ M untuk merawatnya di rumah beliau. 

Dato’ M menceritakan tentang masalah nya, tentang beliau yang ter’melabur’ ke sebuah syarikat pelaburan palsu. Ana ternganga bila dia cakap jumlah pelaburan tu yang bernilai RM tujuh digit. Ada satu ustaz di masjid tempat yang Dato’ M selalu solat, memberitahu bahawa yang Dato’ M ada terkena sihir. Jadi Dato’ M nak dengar pendapat ana lak.

Ana ni bukannya kasyaf, jadi ana tak dapat beri jawapan.

Ana  ruqyah je air dulu tengok camne. Dato’ M minum air ruqyah, katanya takde rasa pe2. Masa ana baca ruqyah pun dia tak rasa pe2. Tapi ana perasan yang anak angkat perempuannya berkerut-kerut muka masa ana membaca ruqyah tadi.

Sebab tak dapat detect apa-apa. Kami buat TKR.

Kaedah TKR berjaya dan Dato’ M mula mengembara di alam ghaib. Tapi setelah meninjau keadaan rumahnya, kami tak dapat kesan apa-apa gangguan.

Kami berhenti dari TKR.

Barulah Dato’ M membuka cerita yang keluarganya ada saka, dan rumahnya itu pernah di pagar menggunakan bijih besi. Tak pernah dengar ana kalau kaedah rawatan Islam ada pakai bijih besi, kalau kaedah rawatan jenis lain ader le.

Setelah itu, ana buat keputusan untuk sambung semula TKR pada Dato’ M.

Kali ni kami menawarkan pagaran yang berada di empat penjuru rumah Dato’ M. Setelah pagaran di itu di neutralkan, barulah segala gangguan dalam rumah dapat kelihatan.

Pada anak angkat perempuannya, ada gangguan pada kepala dan pinggang. Dan ia dah lama bertahun-tahun. Gangguan berkenaan dapat dibereskan dengan tiupan api Bismillah dan selawat. Selebihnya di angkut buang.

Pada anak lelakinya, ada sejenis gangguan yang berupa ‘darah hidup’, ana pun tak tau ia jin ke apa. Tapi, ianya dapat dibereskan setelah anak lelakinya itu minum air ruqyah yang telah ana bacakan tadi. Anak lelakinya mengatakan bahawa beliau merasa lega dan ‘rasa berat semacam’ tu dah takde. Fikiran tak stress lagi dan badannya itu rasa ringan. ‘Darah hidup’ itu pun dah lari keluar dari badannya.

Dalam rumah nya pula di temui jin yang sedang berpaut pada katil anak lelaki Dato’ M. Dan jin budak di atas bumbung rumahnya. Semua dapat disetelkan dengan izin Allah.



Sesi ‘kurungan tangan’ semasa TKR pula dapat memperlihatkan samada Dato’ M di sihir atau tidak. Dan ia memperlihatkan bahawa orang yang memujuk Dato’ M untuk melabur itu menggunakan sihir dari bomoh Hindu.

Bomoh itu dan OKS nya, berjaya kami setelkan (hentikan kezalimannya) dengan cara tertentu. (kalau tak setelkan bomoh nanti dia ulang pulak sihir dia tu).

Akhirnya ana mengajar Dato’ M memagar rumah dengan surah Al-Ikhlas yang memang menjadi amalan istiqomahnya. Dato’ M dapat melihat dengan jelas pagaran surah Al-Ikhlas di sekeliling rumahnya itu.

Setelah itu kami tamatkan sesi TKR dan Dato’ M tidak nampak apa-apa lagi.


Wallahualam.


(TKR= Teknik Kembara dan Rawat, salah satu teknik yang ana belajar di Akrine suatu masa dulu)


   

Isnin, 23 April 2012

Kes Sihir, Saka, dan Pendamping Ghaib Wali, Ilmu Silat Seru dan Kembara Alam Batin.

(Gambar sekadar hiasan)

Makcik D memohon untuk dirawat selepas di ‘refer’ kan oleh anaknya yang juga salah seorang bekas pesakit ana dulu. Klu mendengar penerangan mereka sekeluarga, kira banyaklah juga ‘story’ nya.

Antaranya ialah:

-         Adanya kehadiran saka dan asyik.
-         Masa Makcik D muda, beliau telah disuruh belajar silat yang ada seru-seru jin.
-         Pernah di sihir, di santau dan di busung.
-         Pernah terambil pendamping-pendamping jin yang kononnya wali-wali, untuk menyelesaikan masalahnya.

Bagi mengelakkan Makcik D ‘bersilat’ masa ana baca ruqyah, terlebih dulu ana keluarkan ilmu silatnya dan ilmu-ilmu bathil yang lain. Prosesnya tak sampai 10 minit pun. Dah abis tu lega sikit.

Baru start ruqyah. Masa ana ruqyah, Makcik D tak henti-henti sedawa. Kemudian ‘terasa’ aura angin-angin ‘bisa’ mula tersebar. Ana guna sudu dan limau pun tak cukup nak buang angin bisa tu. Nampak gaya terpaksa mandi limau juga Makcik D ni nanti.

Buat sesi TKR lak (Teknik Kembara dan Rawat, salah satu teknik yang ana belajar kat Akrine). Mata makcik D ditutup dengan kain, lalu ana membaca ayat-ayat Al-Quran dan hembuskan ke ubun-ubunnya. Bila pandangan rohani Makcik D dah ‘terbuka’, maka kembara di alam ghaib pun bermula.

Ana: Cuba tengok rumah ni, nampak tak?

Makcik D: Tak nampak.

Ana: Tengok rumah jiran nampak?

Makcik D: Nampak.

Ana: Rumah ni balik?

Makcik D: Tak nampak.

(ni biasanya akibat rumah pesakit masih ada sisa-sisa sihir, menyebabkan ia ‘gelap’).

Ana: Takpe jalan je masuk rumah.

(Makcik D kembara masuk ke rumahnya)

Makcik D: Ada dua makhluk hitam kat depan laman. Satu di tiang letrik satu kat pokok bunga.
(kalau makhluk gelap tu, kita leh anggap ia jin sihir).

Ana: Takpe hembuskan doa ni.

(Makcik D pun menghembus doa kalimah Tammah yang ana bacakan pada tangannya).

Makcik D: Dah habis, takde dah.

(dua makhluk berkenaan telah di musnahkan oleh api kejar-kejar Kalimah Tammah)

Ana menyuruh Makcik D meninjau dalam rumah. Antara yang di jumpai adalah jin kecil rambut panjang, jin kak pon rambut panjang atas bumbung rumah, jin terbang yang terikat pada kemiyan (barang yang bomoh pernah bagi). Semua dapat di setelkan dengan izin Allah.

Kemudian ana meminta makcik D ‘scan’ tubuhnya sendiri, terdapat banyak wasap bisa (bisa najis jin) pada bahagian atas tubuhnya. Ada juga serbuk miang buluh (bisa santau), dan kakinya diselubungi dengan lendir hijau (bisa air liur jin).

Ana pun meminta Makcik D berdoa agar Allah memberinya mesin vakum hampagas. Makcik D berdoa dan berselawat, dan terus memegang mesin ‘vakum’ yang muncul didepannya, lalu menyedut keluar segala bendasing dari tubuhnya dan membuangnya ke laut.

Atas permintaan anak-anaknya, Makcik D juga sempat ‘scan’ seluruh family diaorang untuk mengesan jika ada pe2 gangguan mistik. Antara yang dijumpai ialah, termakan benda kotor, dan terkena sihir mainan orang pada dua anaknya.
    
Rawatan ditangguh ke masa lain, kerana untuk setelkan semua memang ambil masa yang panjang.

Sesi rawatan kedua adalah untuk bagi setel habis semua gangguan, kalau boleh.

Makcik D menceritakan mimpinya pada malam selepas selesai rawatan, bahawa ada 5 orang perempuan berpakaian putih datang dan memberinya makan sejenis pulut yang ada tercalit suatu bahan berwarna ungu.

( yang warna ungu tu bisa dari jin tu)

Ana tanya, adakah dia makan pulut tu? Jawabnya dia makan. Nampaknya kena lagi la tu.

Ruqyah di mulakan. Ana baru nak letak sudu besi, Makcik D dah bergerak-gerak kerana dah mula terasa aura bacaan Bismillah 5. Bisa yang tarik guna sudu dan limau masih belum mencukupi.

Ana cuba tolak pulut ghaib yang diletakkan dalam perut Makcik D tu keluar. Sambil membaca ruqyah ana membuat gerakan menolak. Makcik D termuntah angin dan air liur. Kemudian makcik D bgtau yang pulut tu tersangkut dalam tekak, beliau benar-benar terasa seperti ada pulut dalam tekaknya, tetapi ia tidak dapat dilihat dengan mata zahir (objek ghaib).

Takpe, try buat TKR (Teknik Kembara dan Rawat) lak. 

Setelah dibacakan ayat-ayat Ruqyah tertentu, Makcik D memulakan kembara di alam ghaib sambil dipandu oleh ana.

Gangguan dalam rumah hanya minimal aje. Gangguan sihir pada anak perempuannya dapat jugak di setelkan walaupun banyak, dan sisa-sisa tu hanya kena mandi limau.

Tiba giliran Makcik D sendiri, ana menyuruh makcik D berselawat dan meminta sarung tangan khas dari Allah yang dapat melindungi dari bisa jin dan sihir. Setelah itu segala bisa di vakum keluar dan dicampak ke laut. Begitu juga dengan pulut ghaib, perlahan-lahan Makcik D mengambil dengan tangan (secara ghaib) dan membuangnya dalam mangkuk air ruqyah berisi jus limau.

Kemudian Makcik D mengeluarkan pula batu-batu ghaib kecil yang menjadi punca sakit kepalanya selama ini, dan membuangnya ke laut.

Setelah itu, ana meminta Makcik D berdiri (secara ghaib) di depan jasadnya sendiri dan cuba melihat jin saka yang berada dalam badannya.

Ana: Makcik leh nampak saka tu?

Makcik D: Tak nampak.

Ana: cuba selawat ulang-ulang..

( Makcik D pun berselawat)

Makcik D: Masih tak nampak.

(Sesiapa yang ada saka, atau ilmu yang ada khodam jin, memang susah nak nampak jinnya sendiri. Kena orang lain yang ‘scan’ barulah leh nampak atau tahu ada ke takde)

Ana: Takpe..

(Ana lak yang membaca selawat Tafrjiyah lalu menyentuh sedikit dahi Makcik D dengan hujung jari)

Makcik D: Ustaz ada sentuh kepala makcik tadi ye?

Ana: A, a , kenapa? Makin terang?

Makcik D: Ye, makin terang.

Ana: Cuba tengok saka tu sekali lagi.

(Makcik D memerhati jasadnya lagi).

Makcik D: Ye la, dah berakar.

(Maksudnya sebati atau dah lama. Saka sebegini tak sesuai di keluarkan secara drastik, kerana risiko pesakit akan menjadi lembik dan lemah berhari-hari dan juga mungkin akan hilang ingatan atau terus ke alam barzarkh. Ana juga tak mengalakkan pengunaan garam kalau nak keluarkan saka sebab ianya terlalu drastik)

Ana juga meminta Makcik D melihat di mana Khodam-Khodam Wali nya. Makcik D memberitahu bahawa mereka semua berada di tempat-tempat yang jauh. Nampak gaya mereka taknak terlibat dalam hal ni. Awal-awal dah lari dah.

Ana: Takpe, biarkan dulu. Kita takleh keluarkan terus. Kena keluarkan perlahan-lahan sedikit demi sedikit. Caranya ialah dengan meminum air bacaan surah Yasin, setiap hari, tiga gelas sehari. InsyaAllah, ianya sedikit demi sedikit akan dapat disingkirkan.

Pastu giliran penyihir dan OKS untuk disetelkan. Ini bagi menghentikan kezaliman mereka dari berterusan. Caranya ana takleh bgtau kat sini atas sebab-sebab tertentu. Yang pasti, ianya dengan meminta dari Allah S.W.T jua.

Jumaat, 13 April 2012

Kes Saka Ilmu Maa’jun Memuja Dewa-Dewi.


Rakan ana yang belajar kelas Accounting sama dengan ana dulu, meminta ana merawat bapa mertuanya yang lumpuh sebelah badan. Bapa mertuanya merupakan seorang bilal di masjid berdekatan. Rawatan dilanakan pada waktu Asar, kerana waktu itu sahaja yang mereka ada kelapangan.

Apabila ana tiba dirumah mereka, memang terasa adanya kehadiran “gelombang-gelombang” tertentu di rumah mereka. Ana solat asar dirumah mereka, kerana belum lagi solat Asar. Solat ana terasa seolah diganggu ana menjadi kurang kusyuk pula. Pasti ada gangguan makhluk halus yang cuba menghalang ana.

Selesai solat, ana menemuramah rakan ana dan bapa mertuanya. Dari cerita mereka, ada tanda-tanda gangguan sihir, tapi perlu diingat, ilmu salah juga adalah sihir, jadi ianya berkaitan. Sememangnya bapa mertua rakan ana tidak mengamalkan apa-apa ilmu salah, bahkan beliau seorang bilal. Jadi mungkin keturunannya yang terdahulu ada mengamalkan ilmu-ilmu salah ni lalu menjadi saka pula.

Rawatan bermula dengan Bilal membaca isytihar putus saka.

Setelah itu, ana membaca kan ruqyah berkenaan sihir, tiada reaksi.

Lalu ana membacakan pula ruqyah berkaitan saka, berserta Az-Zumar: 38, dan Ar-Raddu: 16. Tangan ana yang dihalakan ke arah pesakit mula bergegar, lebih tepat lagi, tangan ana sebenarnya digegarkan dan cuba dipesong ke samping oleh sesuatu yang tidak dapat dilihat!

Ana terpaksa pula memegang tangan ana dengan tangan yang sebelah lagi dan meneruskan juga pembacaan ruqyah. Gegaran semakin lemah, dan tenungan tajam bapa mertua rakanana juga mulai mengendur.

Ya, jinnya sudah lemah. Tetapi ana juga jadi lemah sebab letih “beradu tenaga” dengan makhluk jin tadi. Terpaksalah ana meminta “bantuan sesama makhluk” dari jin-jin Islam yang berdekatan untuk mengeluarkan jin-jin saka yang berada dalam tubuh Bilal berkenaan. Bantuan sebegini tidak sama dengan berkhadam, kerana antara ana dan jin-jin Islam itu tiada kontrak perjanjian. Dan mereka menolong hanya semata-mata kerana Allah. Ana juga tak beri apa-apa “reward” kepada mereka, hanya mengharapkan “reward” dari Allah semata-mata.

Sambil jin-jin saka dikeluarkan, ana merehatkan diri sambil membaca ruqyah kepada air botol minuman pesakit. Ana juga membacakan doa merawat penyakit fizikal, iaitu surah Al-Fatihah. Yang ana tahu untuk merawat lumpuh perlu baca 70x, tapi ana baca 40x sahaja kerana masa tak mengizinkan.

Geletaran badan Bilal berhenti menandakan bahawa jin-jin saka telah habis dikeluarkan.
Ana memberi minum air ruqyah kepada Bilal itu, lalu ana merehatkan diri di ruang tamu mereka sambil berbual-bual dengan suami rakan ana, iaitu anak kepada Bilal berkenaan.

Barulah cerita berkenaan ibu Bilal berkenaan dibongkar. Rupa-rupanya ibu kepada Bilal, yakni nenek kepada suami rakan ana itu ada mengamalkan ilmu atau mantera yang memuja dewa-dewi tertentu untuk membuat ubat maajun. Ini bagi menambah keberkesanan dan “keampuhan” ubat maajun berkenaan.

Ini ana tidak hairan, kerana orang Melayu dulu-dulu memang ada macam-macam ilmu. Malah mantera untuk memukat ikan pun ada.

Kemudian rakan ana dan suaminya membedil ana dengan macam-macam soalan berkaitan alam ghaib, ana hanya menjawab apa yang ana tahu sahaja.

Sambil ana meminta diri untuk pulang, Bilal mengucapkan terima kasih seraya mengukir senyuman, kerana badan nya yang sebelum tadi lumpuh itu kini mulai boleh digerakkan.

Tips mengetahui lumpuh akibat jin ialah, apabila kita mencucuk anggota lumpuh pesakit dengan jari, pesakit dapat merasa cucukan kita itu. Manakala jika pesakit tidak dapat merasai cucukan jari kita, maka ia adalah lumpuh akibat penyakit fizikal.

Semua kuasa Allah.

Isnin, 9 April 2012

Kes Sihir Siam dan Saka Perempuan Tua.


Ini kes pertama ana dulu. Dulu rasa teruja nak berdialog dengan jin, tapi bila dah tangani banyak kes, barulah terasa yang dialog dengan jin hanya meletihkan dan membuang masa sahaja. Beginilah ceritanya…

Ana mendapat panggilan telefon pada suatu pagi. Panggilan tersebut adalah dari encik Haslam (bukan nama sebenar) yang tinggal berdekatan dengan ana. Beliau meminta ana merawat isterinya yang mengalami gangguan mistik. Semestinya ana menunggu penggilan sebegini, kerana keinginan menimba pengalaman merawat pesakit sebenar setelah tamat kursus ilmu perubatan Islam.

Walaupun begitu, ana tidak akan pergi berseorangan, kerana ana meminta bantuan rakan seperguruan iaitu Abang Fairuz (dipanggil abang kerana dia lebih tua), yang tinggal berdekatan juga.

Sebelum pergi merawat, ana dan abang Fairuz bermesyuarat terlebih dahulu di masjid, tentang strategi rawatan. Kami berbincang tentang apa langkah-langkah yang perlu diambil untuk merawat pesakit. Maklumlah kami berdua masih baru lagi dan belum pernah merawat pesakit yang sebenar. Baru sahaja nak menimba pengalaman.

Setelah itu, Abang Fairuz membacakan Ruqyah Penuh kepada air yang dibawanya, ini bagi memudahkan rawatan kelak. Apabila di depan pesakit nanti, air ruqyah akan terus di sembur kepada pesakit menggunakan botol spray tanpa perlu menjiharkan ruqyah penuh. Ini akan menjimatkan masa rawatan.

Ketibaan kami di sambut oleh encik Haslam. Sambil menunggu di ruang tamu adalah isterinya Puan Hasmah. Kami pun bertanya tentang masalah yang di hadapi mereka.

Encik Haslam menjelaskan bahawa isterinya telah mengalami gangguan mistik dah cukup lama iaitu selama 20 tahun. Dah bermacam-macam bomoh dan perawat mereka dah jumpa, tapi masih lagi belum menjumpai kesembuhan. Dari pengalaman yang lepas, encik Haslam menceritakan bahawa Puan Hasmah telah disihir, dan jika kerasukan dia akan bercakap bahasa Siam.

Ana dan abang Fairuz saling berpandangan. Pada hemat ana, sememangnya salah satu simptom disihir ialah, gangguan sentiasa berulang walaupun telah banyak dirawat. Ini kerana tukang sihir akan sentiasa menghantar “yang lain” setelah pesakit mendapatkan rawatan.

Kami pun bertanya lagi simptom-simptom lain dengan lebih lanjut. Ternyata segala simptom sihir ada pada Puan Hasmah, baik simptom semasa tidur, atau simptom semasa jaga.

Puan Hasmah menerangkan beliau juga turut ada mengalami gangguan saka muslimah berupa perempuan tua. Beliau pernah bermimpi berjumpa sakanya itu, dan sakanya itu meminta daun sireh berserta air kopi diberikan kepadanya setiap hari. Puan Hasmah menambah lagi bahawa beliau pernah mendapatkan khidmat rawatan bomoh yang memasukkan “jurus” Harimau ke dalam dirinya.

“Temuramah” ini memang agak lama, tapi bagi ana tidak mengapa kerana pesakit berterus-terang dan menceritakan semuanya. Ini perlu bagi perawat dalam menyusun strategi rawatan, dan menjangkakan kemungkinan yang akan muncul semasa proses rawatan berkenaan.

Baru sahaja kami ingin memulakan rawatan, Puan Hasmah sudah kerasukan. Sambil dia tersengih-sengih, seperti rasa seronok pula ingin dirawat.

Ana memulakan bacaan “kola rabbi firghli wahabli mulkan….” lalu menyemburkan air ruqyah ke muka gangguan yang sedang merasuk. Keadaan yang tersengih tadi berubah menjadi marah dan bengis, kemudian mengaum pula.

“Tidak salah lagi, ini jin harimau”, bisik hati ana. Puan hasmah yang kerasukan ini mula merangkak ke arah kami sambil menderam seolah-olah bunyi harimau.

Ana membacakan pada rod logam rawatan yang Ana pegang “iz uhi rabbuka ilal mala ikati anni ma akum….” Ditambah dengan “ innama jaza ulladzi na yuha ribu nallah….” Lalu membuat aksi “kelar-kelar” pada gangguan merasuk. Manakala Abang Fairuz membaca ayat Kursi berulang-ulang.

Dari bunyi ganas menjadi bunyi takut pula, lalu gangguan merasuk perlahan-lahan kembali merangkak ke tempat rawatan (yang disediakan encik Haslam) dan rebah. Puan Hasmah pengsan pula.

Ini peluang untuk kami mengeluarkan gangguan makhluk halus dari tubuh Puan Hasmah. Akan tetapi belum sempat kami membuat apa-apa, tiba-tiba Puan Hasmah tersedar lalu melakukan posisi duduk.

Ana: ini siapa?

Gangguan merasuk : (bercakap bahasa Siam)

Ana: Aku tahu kamu pandai cakap Melayu, kamu dah duduk lama kat dia kan?

Gangguan merasuk: Hang buat apa mai kacau tempat aku? Jangan kacau tempat aku!

Ana: Siapa kau, kenapa kau ganggu wanita ni?

Tidak menjawab pertanyaan Ana, gangguan tersebut tiba-tiba membuat “hand seals” lalu membaca mantera, kemudian menulis sesuatu dengan jari, seolah-olah simbol karakter cina ala-ala reiki, terus ia menembak sesuatu ke arah kami.

Terasa ribuan jin-jin kecil melanggar badan kami, tapi kami juga rasa jin-jin kecil berkenaan terpelanting tidak memberi kesan kepada kami.

Gangguan itu tidak putus asa dan terus mencuba lagi.

Ana: Dia nak buat sihir tu.

Abang Fairuz: Camne sekarang?

Ana: Baca Yunus 81-82 ulang-ulang.

Akibatnya sihir yang cuba dilakukan jin siam berkenaan tidak menjadi. Kemudian ia pun menangis. Ana mengambil peluang ini untuk berdialog.

Ana: Siapa kau, kenapa ganggu wanita ini?

Gangguan merasuk: (Membuat isyarat tidak boleh bercakap.)

Ana: Ada jin pemantau di luar ke? Kenapa ganggu wanita ini?

Gangguan merasuk: (membuat isyarat tangan dileher)

Ana: Tuan kau nak dia mati?

Gangguan merasuk: (mengangguk)

Kemudian tiba-tiba ia kelihatan seperti dicekik.

Ana: kat mana jin pemantau, tunjuk!

Ia kemudian menunjukkan lokasinya. Apa lagi, Ana dan Abang Fairuz bertubi-tubi menembak jin berkenaan dengan ayat pemecah.

Tiba-tiba…

Gangguan merasuk: Me! Me! (sambil menangis lalu mencium lantai, tempat jin pemantau dimusnahkan)

Rupa-rupanya jin pemantau tersebut adalah ibu jin berkenaan. Ana tahu “me” (sebutan “mey”) tu maksudnya ibu dalam bahasa Siam. Dulu Ana selalu juga tengok drama TV Siam, jadi faham le sesikit (signal tv siam tersesat ke Malaysia, ni masa ana duk kat Terengganu masa kecik).

Ana dan abang Fairudz mengugut gangguan berkenaan agar ia memberi kerja sama. Seakan menggelabah, dia pengsan pula.

Terus bangun semula, rupanya yang lain pula merasuk. Kali ni ketua gangguan pula. Ni dapat difahami dari bahasa isyaratnya setelah di tanya siapakah dia.

Pendek cerita, diplomasi gagal ( buat letih ana dan abang Fairudz aje), lalu kami mengazab jin berkenaan dengan bacaan-bacaan ruqyah Al-Quran (biiznillah). Kemudian dia tumbang lalu timbul pula rasukan jin saka perempuan tua yang mengaku (kononnya) kerabat raja-raja. Dan jin ini mengaku dirinya Islam.

Bab dia Islam dan kerabat raja tu ana tak pastilah kebenarannya tu, yang penting dia keluar dari badan pesakit.

Ana dan abang Fairudz membaca ayatul Qursi dan mengulang-ulang ayat akhir ayatul Qursi, jin saka berkenaan juga ikut membacanya, secara penuh sampai habis. Akan tetapi bila lebih dari 30x ulangan, jin-jin sihir mula mengorak langkah untuk meninggalkan tubuh pesakit. Ini diketahui kerana jin saka yang merasuk itu, menunjukkan dengan isyarat tangan sambil tu dia juga turut berada dalam keadaan kesakitan.

Tanpa membuang masa, ana dan abang Fairudz terus mengunakan botol kaca (sebagai transit sahaja, bukan untuk mengurung) dan terus di hantarkan penempatan jin Islam Serambi Madinah untuk di adili kesalahan mereka.

Akhirnya semua gangguan keluar kecuali seekor jin asyik (jin cinta) yang asalnya adalah salah satu jin sihir yang amat menyayangi pesakit. Dan jin berkenaan sanggup mati demi pesakit (jin yang merasuk tu bagitau kami secara isyarat tangan sambil di terjemah oleh suami pesakit).

Oleh kerana jin berkenaan berdegil, maka kami pun sembelih jin berkenaan (biIznillah) dengan bacaan ruqyah Al-Quran. Akhirnya gangguan tumbang dan pesakit tersedar. Suami pesakit pula memeriksa mata pesakit untuk mengesahkan bahawa itu adalah isterinya, bukan jin yang merasuk. Akhirnya encik Haslam mengatakan bahawa mata isterinya kembali jernih dan mengesahkan bahawa itu adalah benar-benar isterinya.

Setelah memagar rumah berkenaan, kami meminta izin untuk pulang. Sekian.

Selasa, 20 Mac 2012

Simptom dan Tanda Gangguan Mistik/ Makhluk Halus/ Jin.


Bismillahirrahmaanirrahiim. Assalamualaikum warahmatullah.


Simptom-Simptom Umum Gangguan Mistik/ Makhluk Halus/ Jin.
·        
  • Merasa getaran aneh dalam badan.
  • Merasa pergerakan aneh dalam badan.
  • Merasa pergerakan aneh di atas kulit oleh sesuatu yang tidak dapat dilihat.
  • Kerap meremang bulu roma.
  • Gangguan pada fikiran.
  • Gangguan pada emosi.
  • Gangguan pada semangat/ sentiasa lemah semangat/ takut-takut.
  • Gangguan semasa tidur/ sering terjaga atau terkejut dari tidur.
  • Sakit yang tidak dapat dikenal pasti oleh doktor.
  • Kerap muntah angin.
  • Badan terasa berat semacam.
  • Merasa seolah sering diperhatikan.
  • Sensitif terhadap gelombang tenaga orang lain.
  • Takleh berada di tempat orang ramai kerana terasa stress akibat merasa gelombang tenaga yang banyak.
  • Kurang selesa apabila mendengar bacaan Al-Quran, Zikir atau Azan.
  • Terasa panas atau pijar apabila mendengar bacaan Al-Quran, Zikir atau Azan.
  • Terasa panas atau pijar apabila membaca Al-Quran, Zikir atau Azan.
  • Tidak mampu memandang ayat Al-Quran dengan lama, atau pun sesuatu yang telah dibacakan ayat Al-Quran.
  • Tiba-tiba benci apabila mendengar Al-Quran, Zikir atau Azan.
  • Tiba-tiba membenci orang yang kuat beramal ibadah, orang alim, ustaz, atau ulama.
  • Badan tiba-tiba bergerak sendiri.
  • Mempunyai reaksi apabila mendengar bacaan zikir, doa, selawat, atau ayat Al-Quran.
  • Kerasukan atau histeria.
  • Amal ibadah sering terhalang/ sukar beribadah.
  • Was-was yang keterlaluan.
  • Mimpi perkara menyeramkan.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi dikejar sesuatu yang menakutkan.
  • Mimpi melihat haiwan aneh.
  • Mimpi melihat manusia aneh.
  • Mimpi ketindihan.
  • Mimpi melihat tempat kotor, atau tempat yang menyeramkan.
  •  
Simptom-Simptom Tambahan Khusus (jenis yang utama):
Gangguan Sihir.
  • Mimpi musibah air.
  • Mimpi menaiki kenderaan darat, laut, atau udara.
  • Mimpi di ikat.
  • Mimpi diberikan makanan atau minuman.
  • Mimpi melihat kenduri.
  • Mimpi tersesat.
  • Mimpi melihat pendeta agama orang kafir.
  • Mimpi binatang berbisa, atau yang merbahaya.
  • Mimpi melihat suluhan cahaya yang menyilaukan ke muka.
  • Mimpi menaiki sampan mudik ke hilir sungai.
Gangguan Sihir Santau.
  • Mengalami miang-miang diseluruh badan.
  • Kerap batuk, terutama pada waktu tengah malam.
  • Mimpi kanak-kanak atau bayi menyusu pada dada anda.
  • Mimpi tentang perkara objek miang, seperti, miang buluh, miang daun dsb.
  • Mimpi tentang objek tajam atau merbahaya seperti pisau, kaca, dsb.
  • Batuk yang terdapat darah.
  • Muntah darah (bagi kes kronik)
Gangguan Saka.
  • Pernah ternampak kelibat makhluk halus.
  • Mampu mendengar isi hati orang lain.
  • Sensitif terhadap perkara alam ghaib.
  • Kerap mengalami dejavu.
  • Mimpi yang bertemakan rumah.
  • Mimpi mendukung bayi atau kanak-kanak kecil.
  • Mimpi tentang perkara zaman silam atau zaman dahulukala.
Gangguan Ilmu Salah.
  • Mimpi melihat cermin.
  • Mimpi melihat muka diri sendiri berlubang-lubang.
  • Mimpi mandi air kotor.
Gangguan Asyik/ Jin Cinta.
  • Mimpi bersetubuh.
  • Mimpi melihat kanak-kanak bermain dikeliling anda.
  • Mimpi berkahwin.
  • Kerap naik nafsu syahwat tanpa sebab munasabah.
  • Naik nafsu syahwat apabila melihat tubuh sendiri.
  • Terdapat halangan dalam soal jodoh.
  • Gangguan negatif dalam hubungan suami isteri.
Dari pengalaman ana, rata-rata pesakit biasanya mengalami berbilang jenis gangguan mistik dalam satu masa. Contohnya:
1)      Sihir dan Saka.
2)      Saka dan Asyik
3)      Sihir dan Asyik.
4)      Sihir, Saka dan Asyik.

Kadang-kala simptom saka, ilmu salah dan sihir hampir-hampir sama, sebab kesemuanya berasaskan sihir juga. Contohnya keturunan kita yang terdahulu belajar sihir, lalu jadi saka kat kita. Ilmu salah dan ilmu sihir adalah perkara yang sama.

Wallahualam.