Rakan Al-Wafi Ruqya

Selasa, 13 Mac 2012

Risiko Terawangan a.k.a. Meraga Sukma, Rawatan Jarak Jauh.

Bismillahiraahmaanirrahiim. Assalamualaikum warahmatullah.

Sebelum ni ana menyatakan bahawa ana kurang gemar terawangan atau meraga sukma, kerana risikonya amat tinggi. Tambah-tambah klu sorang-sorang. Malah ada guru perubatan Islam yang tidak menggalakkan meraga sukma, dan beliau hanya menggalakkan membuka mata batin sahaja.

Sebelum tu ana menyatakan risiko, ana bagitau dulu kenapa orang Nak jugak guna kaedah rawatan meraga sukma ni..

1) Instant kasyaf- Setelah roh keluar, terus leh nampak alam jin. Malah dengan clarity HD bak kata orang zaman Tv canggih skrang.

2) Dapat tau terus apa masalahnya, gangguan apa, brapa ekor jin, dan terus rawat ke puncanya.

Namun ada risiko:

1) jika rohani tak cukup kuat, anda akan di tibai penyihir dan berkemungkinan mati atau koma.

2) jika rawatan jarak jauh, semakin jauh, semakin tinggi risikonya. Buatnya anda di intercept oleh se batalion tentera jin, kepung jasad anda disana, dan kepung roh anda di sini, tak ke naya. Leh jadi koma, bak kata seorang expert, tiada guna jasad tanpa roh walau ada nyawa.

Sebab tu ada beberapa syarat klu dah memang nekad nak terawangan atau meraga sukma.

1) Mesti ada 2 orang lagi geng anda untuk turut sama meraga sukma. Sorang bertugas jaga roh, sorang bertugas jaga jasad. Dan kedua-dua mestilah kuat dan leh handle serangan walau dari seketumbukan tentera jin kafir sekalipun.

2) Mesti ilmu dan amal yang tinggi, klu terawangan dapat lihat diri sendiri bercahaya bak lampu stadium. InsyaAllah selamat.

3) Tak boleh menggelatat atau menggelabah, mesti rilex, cool tenang je, walau berjuta-juta lemon jin datang menyerang. Bak kata orang sekarang, chillax bro..

4) Klu leh buat time-time penyihir duk tengah lemah, waktu 45 minit sebelum subuh hari Jumaat ke. Risiko kurang sikit.

InsyaAllah...

Cara-cara terawangan/ meraga sukma? Rahsia....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan